sekilas...SIHAT

KETAWA YANG TERBAHAK-BAHAK merupakan salah satu aktiviti senaman ringan yang bermanfaat menurunkan tekanan darah serta melancarkan saluran pernafasan.

PASANGAN SUAMI ISTERI yang menjalinkan hubungan intim sekali atau dua kali seminggu, tahap immunoglobin A (IgA) adalah satu per tiga lebih tinggi.

CIUMAN,BERSIN DAN BATUK merupakan antara cara paling mudoh virus memasuki ke badan dan menyebabkan kita jatuh sakit.

FOKUSKAN MINDA anda pada denyutan jantung dan lakukan meditasi ini selami lima minit. ini berupaya melepaskan anda daripada bebanan tekanan.

PENGAMBILAN BUAH YANG BANYAK semasa zaman kanak-kanak dapat melindungi seseorang daripada risiko menghadapi pelbagai penyakit kanser pada usia tua kelak.

cubalah masuk tido pada pukul sepuluh malam. ini kerana di antara sebelas malam hingga tiga pagi merupakan masa pengaliran darah di hati yang paling aktif.

3 November 2010....

Hari ni aku rase terseksa ngat-ngat....dahlah kena ulser mulut....sakit oooiiiiii...........
Aduhhhhh........tolong.....


Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut?
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :
  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi

Tanda-tanda (simptom)
Tanda-tanda ulser mulut termasuk :
  • Rasa membakar dalam mulut
  • Kesakitan
  • Tidak selesa
  • Hilang selera makan
  • Demam
Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :
  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air

BENCANA TERUK.....

 Inilah keadaan rumah chik nor kat kangar perlis....kesian dieorang habis barang berterapungan di atas air....

 habis semua kenderaan ditenggelami air..termasuklah kereta mok teh....kesian CW 85....baru jer 6 bulan pakai dah ditenggelami air....
Ini pulak keadaan di rumah mok teh.....ini baru beberapa jam lepas....anak hilang entah kemana...dah 2 hari tak jumpa anak...disebabkan banjir besar, anak pun tak dapat pergi ambil kat tempat pengasuh...kesian adik aku....dahlah laki pulak kat kolompor ikut Raja Perlis...
Dan inilah keadaan di dalam rumah mok teh....selepas beberapa jam,air semakin naik deras.....
Bersabarlah wahai adikku....Pasukan penyelamat baru aje berlepas dari Besut....Adik2 aku baru aje bertolak pukul 2 tadi untuk menolong.....

KELATE vs N9



so get ready untuk di’abai’kan selama seHARI ye kepada mereka-mereka yang mempunyai pasangan yang gila tengok bola.. kita akan diduakan, ditigakan, malah diempatkan! (TV, Mamak, TV, kawan-kawan, jersi bola, bola, makan bola, tido bola, mimpi bola)..


silap-silap nanti ada orang mengigau jerit ‘GOLLL!!!’ masa tido. tak pon mengigau marah ref.. LOL!~
the only thing that i like during musim piala Malaysia is, most eating places will be opened till wee hours.. yayy!


p/s: i told my bos, i wanted to take a leave on saturday. the reason is because i wanted to spend the whole day with my husband. because he will be occupied at the Stadium Bukit Jalil....
he laughed hilariously! hah!!

Semanis Kurma.............

Salam…
16 November 2010, aku akan menyambut ulang bulan perkahwinan ku yang ke-6 tahun. Itu bermaksud  aku dan suami telah di nikahkan pada 16 November 2004. Itu pun setelah kami di tunangkan selama 6 bulan.
Saja aku wujudkan blog ni, utk berkongsi suka duka menjadi seorang isteri kepada seorang suami yang mempunyai seorang isteri…

Namun begitu kehadiran blog ini bukanlah bertujuan untuk menguris hati mana2 pihak isteri, suami, mak mertua, pak mertua, pak menakan dll.

Antara tujuan aku berblog:-
* Buat bacaan suamiku dengan harapan segala luahan rasa suka duka ku dapat sampai dengan mudah padanya setelah beliau membaca atau terbaca blog ini.
* Buat bacaan anak-anakku yang bakal pandai membaca dengan harapan mereka renung-renungkan susah payah aku mengandung, melahirkan dan membesarkan mereka.
* Buat bacaan kawan-kawan dan keluargaku yang lama tak jumpa dengan harapan mereka sentiasa di kemaskinikan dengan cerita terbaru kehidupan ku.
* Buat bacaan reader-reader internet dengan harapan dapat lah aku berkongsi pengalaman menjadi seorang isteri bersama mereka.

Dengan itu aku, sebagai isteri kini sedia berblog setelah di beri izin oleh suamiku.
Sebarang komen dan pandangan anda, amat di alu2kan dan disenangi oleh kami sekeluarga...

Sekian. Salam Blogging!

GerBanG Perkahwinan....

Saat indah di awal  perkahwinan....

si teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu setelah sekian lama....
si dara : apakah abang rela jika ku pergi?
si teruna : tentunya tidak!janganlah sesekali kau berpikiran begitu!
si dara : adakah kau mencintaiku?
si teruna : sudah tentunya!selamanya akan tetap begitu...
si dara : adakah kau pernah berlaku curang?
si teruna : tidak!!!aku tak akan melakukan hal yang seburuk itu...
si dara : mahukah kau mencium ku?
si teruna : ya sayangku....
si dara: oh sayangku......

seseudah 5 tahun perkahwinan.............


korang baca dari bawah ke atas pulak.....
hehehehe.....



My Blog List

FreeBack

Name:
Email Address:
Phone Number
Mailing Address
Message

This online form was provided by Freedback.

Chat Zone